Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 921

Contoh Surat Cuti Sekolah Mudah & Terbaik

$
0
0
Anda sedang mencari contoh surat cuti sekolah ? Sebab mungkin minggu depan anda nak bercuti mengikuti keluarga balik kampung. Cikgu saya pernah cakap, seorang murid tidak ada istilah cuti. yang ada cumalah istilah tidak dapat hadir ke sekolah.

Yelah, murid atau pelajar ini bukannya golongan bekerja yang ada mempunyai cuti.Melainkan cuti umum dan cuti sekolah.

Berikut merupakan contoh surat cuti sekolah yang boleh anda gunakan untuk cuti balik kampung, cuti surat sakit, atau surat tidak hadir ke sekolah kerana dema.

surat

Contoh surat cuti sekolah


Muhd Aiman Aziz
No 4, jalan Kenanga,
80594, Johor Bahru ,
Johor.

________________________________________________

Guru Kelas 6 Anggerik, 
Unit Pentadbiran Sekolah,
SK Sultan Ismail, 
80594, Johor Bahru, 
Johor                                                                                            20 Oktober 2015


Tuan,

Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Kerana Demam

Merujuk kepada perkara di atas, saya Muhd Aiman Aziz murid kelas 6 Anggerik tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam panas.

02.  Tujuan surat ini ditulis adalah untuk memberitahu bahawa saya tidak dapat hadi ke sekolah selama 2 hari 20 Oktober 2015 dan 21 Oktober 2015.

03.  Sepanjang ketidakhadiran saya, saya akan membuat segala kerja sekolah yang diberikan guru. Semoga permohonan saya ini dapat dipertimbang.

Sekian terima kasih.

Yang benar, 
         Aiman
_____________
(Muhd Aiman Aziz)
Murid Kelas 6 Anggerik

Viewing all articles
Browse latest Browse all 921