Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 921

Contoh Penghargaan Folio

$
0
0
Dalam kita membuat sesuatu folio, perkara yang wajib ada di dalam sesuatu folio ataupun kertas tugasan adalah penghargaan. Penghargaan yang baik adalah penghargaan yang ditulis dengan kemas dan bahasa tersusun serta tidak menjela-jela panjangnya.

Berikut merupakan contoh penghargaan Folio yang baik.
tulis


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya sempurnakan tugasan bagi subjek Tamadun Asia dan Tamadun Islam ( TITAS ) ini.
 Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya  telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Justeru itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “Impak negatif dan positif pengaruh Barat terhadap tamadun Islam, Cina dan India”. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, Dr. Amini Amir Abdullah kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 921