Biasiswa kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam peringkat ijazah pertama sahaja.
KELAYAKAN AKADEMIK
- Sekurang-kurangnya mendapat 5A dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan SPM.
- Sekurang-kurangnya mendapat purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.00 dan lulus semua matapelajaran dalam peperiksaan STPM, Matrikulasi, Asasi, Pra-Universiti, Foundation dan Diploma.
TARIKH TUTUP: 5 FEBRUARI 2016
KEUTAMAAN BIDANG-BIDANG PENGAJIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :
a) Undang-undang
b) Perakaunan
c) Kejuruteraan
d) Senibina
e) Teknologi Komputer dan Maklumat
f ) Ekonomi
g) Pengurusan Pentadbiran dan Perniagaan
h) Psikologi dan Kaunseling
i ) Veterinar
j ) Akaun / Kewangan
k) Sains Sosial
l ) Bidang-bidang yang diputuskan layak oleh YWP