Satu kemalangan yang melibatkan pelajar Politeknik Sabak bernam pada 3 januari 2015. Difahamkan kemalangan berlaku ketika mereka baru balik dari bercuti di Pulau Pinang.
Berikut merupakan berita penuh dari sinar harian:
eorang pelajar lelaki maut manakala tiga rakannya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 68.6, Jalan Sitiawan-Taiping, di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Ahmad Mubarak Munasir, 21, pelajar Politeknik Sabak Bernam yang memandu kereta jenis Proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan, kesemua pelajar terbabit yang berkonvoi dua kereta, dalam perjalanan pulang ke Sabak Bernam, Selangor selepas bercuti di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, seorang pelajar perempuan dilaporkan cedera parah dan menerima rawatan di Hospital Taiping manakala dua pelajar lelaki hanya cedera ringan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta berkenaan dari arah Trong ke Sitiawan.
“Setibanya di lokasi kejadian dipercayai kenderaan dinaiki keempat-empat mangsa hilang kawalan semasa melalui selekoh, lalu terbabas masuk ke longkang.
“Kejadian itu tidak melibatkan kenderaan lain dan mangsa yang terselamat mendapatkan rawatan kecemasan manakala, mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.