Permohonan Maktab Perguruan Lepasan Matrikulasi. Ada ramai yang email bertanyakan mengenai permohonan memasuki Institut Perguruan IPG ataupun nama lainnya Maktab Perguruan.
Ada yang bertanya bolehkah lepasan matrikulasi memasuki maktab perguruan? Jawapannya, boleh, tetapi menggunakan keputusan SPM sahaja. Dan satu lagi, umur mestilah menepati umur yang KPM kehendaki iaitu tidak melebihi 20 tahun.
Ada juga yang bertanya, berapa pointer matrik untuk memasuki IPG Maktab Perguruan? Untuk pengetahuan semua, keputusan matrikulasi hanya sah digunakan untuk memasuki Universiti melalui sistem upu.
Jika anda seorang yang meminati profesion guru, anda boleh habiskan dahulu matrikulasi anda dan dapatkan keputusan cemerlang.Dah dapat keputusan tu, bolehlah mohon kursus pendidikan di universiti tempatan.
Atau pilihan lain, mohon maktab perguruan semasa anda masih lagi berada di matrikulasi, ataupun selepas anda telah menghabiskan matrikulasi. Yang penting umur masih tidak melebihi 20.Ramai juga kawan-kawan saya sendiri yang berbuat demikian.
Semoga anda berjaya untuk mendapatkan bidang yang anda ceburi. Selamat maju jaya,