Berita mengenai minuman keluaran Upin dan Ipin mengandungi dadah adalah palsu. Satu mesej yang sengaja diviralkan oleh pihak tertentu menyatakan bahawa sesiapa yang meminum minuman tersebut, akan mengeluarkan ujian positif dadah jika ujian dilakukan.
Pihak Les' Copaque sendiri telah memberi penerangan mengenai hal ini. Berikut merupakan penerangan tersebut.
Minuman Upin Ipin dan Dadah
---------------------------------------
Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman.
Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum.
Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin kami mempunyai dadah dan membahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana pihak kami menjadi mangsa. Minuman kami dijamin selamat untuk diminum. Diharapkan semua peminat kami dapat membetulkan keadaan ini dan terus menyokong usaha kami.
Terima kasih
Haji Burhanuddin Md Radzi - Pengarah Urusan Les' Copaque Production