Quantcast
Channel: MUSADUN.COM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 921

Melancong Ketika Mengandung (Tips Dan Petua)

$
0
0
Jika anda tidak pernah mengandugn sebelum ini anda tidak akan tahu bagaimana badan beradaptasi dengan kehamilan. Beberapa wanita hamil boleh beraksi seperti seolah-olah dia tidak mengandung, pergi ke mana-mana dan melakukan pelbagai aktiviti tanpa masalah.

Ada pla wanita lain tidak boleh langsung membuat kerja-kerja. Morning sickness yang teruk sehingga menyebabkan dimasukkan ke hospital.
melancong dan mengandung

Terdapat juga keadaan medical wanita mengandung yang memerlukan perhatian dari doktor, anda tidak akan tahu sehingga anda mengalaminya.

Maka, jika anda ada perancangan untuk melancong ketika hamil, pastikan ianya fleksibel di mana ianya boleh dibatalkan bila-bila sahaja, ataupun dapatkan insurans yang meliputi insurans untuk mengandung.

Juga, pada trimester ke-3, akan ada banyak halangan untuk anda melancong. Contohnya, banyak negara tidak mahu pelancong melahirkan anak. Pesawat juga tidak rela untuk mereka mengalami kecemasan semasa penerbangan. Tetapi lain syarikat penerbangan lain polisinya, anda perlu menyemak semula.

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan untuk melancong semasa mengandung ataupun hamil.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 921